
Di simpang Y ini kitaorg terus menyusuri trek di sebelah kiri. Kemungkinan akan terkeliru di kawasan lapang itu nanti, ada sebuah pokok besar di situ dan jika pokok besar tu berada disebelah kanan, maknanya memang berada di laluan yang betul. Ada papan arah ke Kemuncak Gunung Lambak lebih kurang 3-5 meter daripada pokok besar itu tadi dan akan jumpa satu lagi simpang Y tidak beberapa jauh daripada papan arah tadi. Ambil trek di sebelah kiri dan teruskan mendaki. Aku tak pasti trek kanan tu menuju ke mana, rasanya mungkin akan menuju ke puncak tapi kitaorg ambil keputusan untuk ikut trek ke kiri.

Akhirnya, kitaorg sampai juga di puncak Gunung Lambak apabila kelihatan sebuah menara pemancar yang berdiri teguh di puncak. Di puncak Gunung Lambak ini memang terdapat sebuah menara pemancar dan berdasarkan maklumat yang aku dapat, dahulunya ada sebuah Stesen Pemancar Televisyen (RTM) di puncak Gunung Lambak pada tahun 1969 tetapi telah ditutup pada tahun 1983 dan sekarang hanya digunakan sebagai menara pemancar telekomunikasi.

Pendakian daripada kaki gunung hingga ke puncak berdasarkan laluan yang kitaorg ikut adalah sejauh 2.5km dan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah mendaki. Kalau laju rasanya boleh sampai ke puncak dalam masa 1 jam tapi memang kena kurangkan berhenti berehat atau bergambar…hihihihihi.. . Dinasihatkan supaya tidak membawa makanan menggunakan beg plastik oleh kerana banyak kera di puncak dan di sepanjang laluan. Kera-kera ini akan mengikut pendaki daripada belakang dan akan merampas beg-beg plastik yang berisikan makanan. Lebih selamat jika makanan disimpan dalam beg galas atau pun makan dahulu sebelum mula mendaki dan hanya bawa bekalan air serta ‘energy bar’ jer ke puncak.
Aku bercadang untuk teruskan perjalanan ke puncak yang kedua dan rasanya ada sebuah lagi pokok besar di situ tetapi disebabkan kesuntukkan masa, terpaksa batalkan niat tu dan terus turun menuju ke bawah. Perjalanan turun mengambil masa yang singkat dan kitaorg terus singgah di kedai makan tadi untuk sarapan pagi….hihihihihihi… kalau makan nasi lemak kat puncak tu, mesti berebut makan dengan kera-kera tu nanti…hahahahahahaha… Bergerak pulang ke hotel lebih kurang pukul 12 tengahari dan bersiap untuk turut serta rombongan menghantar mempelai….hihihihihi..
Di kesempatan ini, aku dan wife ingin mengucapkan “Selamat Pengantin Baru” kepada pasangan pengantin baru Hafeesyam dan Athin Nabiha yang secara tidak langsungnya memberi peluang kepada kitaorg untuk mendaki Gunung Lambak…..hihihihihihi.. Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.
0 comments:
Post a Comment